semalam hari mcm biasa. bangun pagi. pergi kerja. balik umah.
tp on my way balik umah tiba2 telefon berdering. lagu only you nyanyian minah korea kedengaran. check ade polis ke tak and bile line clear trus angkat. Wakdol. haaa.. wakdol ajak gi tgk wayang sebab beliau pergi beli extra tiket. jadi dlm otak terlintas la maybe ramai gile nak pergi nih. rupe2 nyer kitorang berdua jek. seperti biasa diriku heran namun berpikir secara normal jek. ok la lagi pon kul 11 p.m. lebih kurang 6 jam lagi.
sampai rumah, lepak. today tak masak sebab dah buat fruit jelly pagi tadi. jadi demi mengelakkan pembaziran.. tak yah la masak lagi. mama pulak masak nasik goreng,sambal ikan yang sedap,dan sup suun. rasenyer mcm first time kot bukak pose mama masak nasik goreng. tp sgt sedap.
lepas selesai makan tiba2 jadi rajin nak lipat baju. so punggah la semua baju utk dilipat semula. tgk2 dah kul 9.30. nak kene gi curve. tgk citer ape pon tak sure. siap2 and pergi dgn blurnya. mata pula semakin rabun dikala malam kini. susah gak bile tak nampak jalan nih. kene lak ujan. kuar umah kul 10 sampai curve kul 11. sesat nak carik parking jek. wakdol suruh park kat female parking lot. selama ni saya tak pernah terpikir nak park kat tempat sebegitu. bayangkan.. parking lot utk single female driver. bukankah lebih mudah menjadi target jika begitu. bahaya2. akhirnya selepas pusing2 damansara cari parking.. dikala nak give up nampak pulak parking entrance yg wakdol ckp tuh.<-- tp masih berdegil takmo park kat female parking. saya park kat male parking la kt semalam. xde pon color pink. fuhhh.. akhirnya.
haa.. dah sampai trus masuk. rupe2 nye tgk citer the expendables. yang tak tahan tuh.. duduk couple seat. wakakakakaka... apakah?
citer tu best gak. gile cute si silvester stalone. ape yg beliau dah lakukan kepada kening dan bibir nya sgt comel. citer tu mcm gathering rakan2 lama yang bagi sokongan utk kawa yang baru nak jadi producer. yang paling salute si steve austine. sepatah ayat pon xde kuar dr mulut. lemah daya hapalan kot. dah lame sgt dlm WWF. asyik bertumbuk.. bercakap pon dah lupe kot. hurm.. dah lame sebenarnya tak tgk wayang nih. beberapa bulan dah kot. dah insaf la kononnya. uhuk2~
tp amazing gak.. penuh panggung. yg paling heran sekali penuh dgn makhluk bermuka melayu.same la mcm diriku pon.astaghfirullah.. tak tau la kan. sekarang ni pon susah benar nak bezakan bangsa. dah terlampau majmuk. yg melayu muka mcm cina. yang cina mcm melayu. hebat gak. bertuah duduk Malaysia nih. <-- sempena membakar semangat patriotisma.
lepas habis, ajak wakdol sahur sekali. memandangkan lame benar tak jumpe wakdol, jadi lame tak bersesi girl talk. lepak kat danau kota. pastu balik umah masak utk sahur. berjaya memasak roti telur yang boleh tahan la sedapnyer. ecece.. mcm hebat je masak roti rendam telur kan. ceh~ hebat tak hebat belakang kire. korang ade buat beb? :)
yang benar,
Saya yang menyayangi hidup yang tenang
No comments:
Post a Comment