Sunday, December 15, 2013

The more we think the more we sakit hati

Buat baik berpada-pada. buat jahat jgn sekali.
 
a very powerful reminder indeed.
 
kekadang rasa hairan jugak dgn sifat segelintir yang hanya memikirkan diri sendiri tanpa melihat pelbagai sudut dari pandangan mata orang lain. Teruk atau tidak keadaan kita adalah begantung pada persepsi dan kata akal kita sendiri. Mereka yang selalu berfikir secara negatif sudah pasti menyatakan dgn lantang bahawa diri mereka berada dikalangan yang tertindas dan dihimpit.
 
lagi satu yang hairan ialah apabila mereka yang sewenang-wenangnya menyakitkan hati mereka yang lain.. kemudian, diam seribu bahasa untuk seketika dan tup tup.. memarahi mereka yang lain itu kerana tidak menjawab panggilan atau mendengar suara hati mereka seolah-olah mereka lah yang teraniaya. Mereka lupa bahawa mereka pernah bertindak seperti api dalam sekam sebelum ini. mereka berharap perkara akan berlalu tanpa ucap maaf dan semuanya akan berjalan seperti biasa. kemudian.. dgn sesuka hatinya berkata.. geram dan marah kerana panggilan tidak diterima dgn kata manis. pelik bin ajaib manusia ini.
 
perkara lain yang menjadi modal hairan saya juga adalah sifat segelintir manusia yang menganggap bahawa wang bukanlah kayu pengukur. siapa kata wang tidak penting? siapa yang gah dan sanggup berkata setakat bagi wang sesiapa pon boleh? siapa? siapa? mereka adalah kalangan mereka yg kurang matang dan tiada pengalaman hidup.cuba disuruh memberi.. pasti tangan mereka yang paling terketar-ketar.
 
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
 
kudrat yang ada dijadikan modal untuk berbakti. namun dalam bakti itu tersemat juga rasa iri hati dan sifat dendam dgn mereka yang lain.selepas mengadu domba, dgn gah pula berkata ianya hanyalah untuk luahan perasaan. apa yang kamu dpat dgn meluahkan kepada dunia sedangkan dgn yang dituju itu kamu diam membisu? apa yang kamu dapat? ya dapat memburukkan pihak yang satu lagi atas nama luahan hati yang tulus ikhlas.
 
Silent is power
 
buat dikiritk, bila diam terlepas.
 
Manusia ouh manusia. kian hanyut dengan emosi dan alpa dgn akal fikiran. terhilang fokus dek hilangnya bunyi dan tajamnya mata. namun tajam lagi lidah yang diasah.kasihanilah mereka yang melakukan. itu yang payah. apa yang mudah? mengkritik sudah pasti. ya mengkritik. kerana lidah yang tidak bertulang sudah pasti menjadi sangat ringan untuk digunakan. namun malang, lidah tidak bersambung dengan otak. jika bersambung, pasti aman dunia.
 
aku yang hairan seperti aku tidak pernah melakukan.
 
diharap agar lidahku lebih berat dari mataku.diharap mindaku tajam menjangkaui tajamnya lidahku. diharap mindaku berbahas dengan lidahku. mindaku juara dan lidahku tertunduk malu.

No comments:

Post a Comment