Monday, July 19, 2010

saya jadi pemarah pagi tadi dan perajin di malam hari

saya marah warga TM dgn jayanya pagi tadi. tak suka. tangan sampai sejuk tahan tahap annoying yg melampau. sian pulak tp kalo x nganmuk tadi xde la tepon kat umah ni ha. aku dah jadi king kong jadian baru la nak pasang. hilang keayuan diriku.

malam pulak kerajinan melampau. masak kek beb. selepas 26 tahun akhirnya saya berjaya memasak sebuah kek. yipppiiieee...

Ramuan kek itu adalah seperti berikut:-

1 cawan koko van hounten <-- mcm ni ke ejaan?
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair

Campurkan semua dan panaskan diatas api kecil. selepas sejuk masukkan:-
2 cawan tepung naik sendiri (Blue key)
2 biji telur yg dipukul terlebih dahulu

kukus selama 1 jam.. dan jeng jeng.. jadilah kek chocolate yg sedap lagi menggemukkan.

No comments:

Post a Comment